Tuesday, December 7, 2010

Set Perpantang 44 hari



Set berpantang 44 hari tradisonal terdiri daripada
2 paket ubat periuk
1 paket param
1 botol madu asli
1 botol minyak gosok
1 botol minyak urut (panas)
1 botol pilis
1 botol minyak bayi (kecil)
1 botol jamu

Harga untuk kesemua set bersalin tradsional hanyalah RM 190 (self collection) atau RM 199 untuk penghantaran sekitar Lembah Kelang.

Untuk tempahan sila hubungi/ sms Pn Nora di 019 2165100 atau email di noralizaalwi[at]ymail.com.

Untuk mengekalkan keaslian pembuatan set bersalin hanya akan dibuat apabila ada tempahan.

Thursday, November 4, 2010

Pengenalan

         Kita sekarang disajikan degan pelbagai lambakan produk moden yang telah dikomersilkan secara meluas untuk ibu-ibu mengandung. Rata-rata ibu-ibu sekarang belum pernah mencuba produk ibu bersalin tradisional yang ramuannya disediakan oleh bidan yang telah diwarisi turun temurun dan pernah digunakan oleh ibu dan nenek kita. Antara sebabnya ialah
  1. Susah untuk mendapatkan
  2. Tiada siapa memperkenalkan.
          Pada saya tiada salah untuk menggunakan kombinasi kedua-dua produk tersebut kerana kaum ibu-ibu terutamanya selepas bersalin mahu kembali sihat dan cantik seperti biasa dengan kadar yang lebih segera. Bagi yang kurang berkemampuan produk tradional memberikan harga yang jauh lebih murah dari produk moden yang berada di pasaran. Bagi mereka yang mementingkan keaslian dan kesegaran produk tradisonal adalah jawapan kerana penyediaannya hanya disediakan apabila ada tempahan.
          Pengalaman saya yang telah mempunyai dua orang anak, anak kedua telah membuka mata saya tentang produk tradisional. Anak kedua saya telah dilahirkan di luar negara dan hati saya ketika itu memang berdebar-debar memikirkan tentang kelahiran dan proses berpantang yang serba kekurangan di perantauan. Menggunakan produk moden pada anak pertama dan anak kedua saya nekad untuk menggunakan kedua-dua produk (moden dan tradisonal). Apa yang boleh dirumuskan ia saling melengkapi dan saya boleh merasakan perbezaan proses berpantang anak pertama dan kedua. Apabila saya menggunakan produk tradisional saya dapat merasakan saya kurang pening-pening di kepala, kurang angin di badan dan badan lebih bertenaga.
            Set bersalin tradisional adalah terdiri daripada jamu, pilis dan param disediakan oleh bidan berpengalaman dan pernah menyediakan ramuan tersebut untuk isteri menteri tidak lama dulu. Untuk maklumat lanjut sila hubungi melalui email noralizaalwi[at]ymail.com atau telefon di talian 0192165100.